nurshakina.ns
6 tahun
Peha kanan membengkak
salam dr, ibu saya minggu lps telah buat perbedahan kecik diperut untuk mengeluarkan liquid sbb perutnya membesar sehingga beliau tidak dapat bernafas. setelah perbedahan, dr memasangkan tiub bagi mengeluarkan liquid tersbut, dan dalam masa sejam 10liter lebih air telah berjaya keluar melalui tiub tersebut, kini sakit lain yang timbul. peha kanannya, pada awalnya timbul 1 ketulan kecik, saya ingat kan hanya bengkak biasa yg timbul secara tiba2… dan perkara ini telah diberitahu kpd nurse, ttpi nurse cakap bgkak je cik… selepas bebehari peha ibu saya membengkak semua dan kini dia xdapat berjalan. doktor menyuruh dia melakukan memogram, tapi saya baca di portal myhealth, memogram itu utk breast cancer, betulkah tindakan itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, bengkak di satu sisi kaki boleh timbul akibat beberapa penyakit seperti:
- Lower limb ischaemia ataupun deep vein thrombosis (DVT) iaitu suatu keadaan apabila terdapat sumbatan di saluran darah sehingga menyebabkan rasa sakit di daerah yang tersumbat
- Varicose veins iaitu apabila saluran darah melebar dan membengkak sehingga menyebabkan peredaran darah setempat terganggu dan menimbulkan rasa sakit
- Superficial thrombophlebitis adalah keradangan yang timbul dibawah kulit apabila terdapat darah beku
- Cellulitis merupakan jangkitan kulit
Untuk makluman anda, mamogram adalah pemeriksaan imaging untuk payudara. Memandangkan masalah kanser payudara mempunyai peratusan pesakit yang tinggi dan menyebabkan banyak kematian, justeru adalah menjadi salah satu kewajipan agar wanita berusia lebih 50 tahun serta yang mempunyai riwayat ahli keluarga dengan kanser payudara perlu menjalani pemeriksaan mamogram.
Memandangkan hospital telah menyifatkan bengkak tersebut sebagai tiada masalah, justeru mungkin kerana itu tiada pemeriksaan lanjutan. Akan tetapi, memandangkan ibu anda sekarang sehingga tidak dapat berjalan, silakan untuk merujuk doktor untuk memeriksa apakah terdapat masalah baru yang timbul. Andaboleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































