
mohdhaffifi
5 tahun
Pejabat suami kepada pengasuh anak didapati positif covid 19
Saya mempunyai seorang anak berumur 10bulan.anak saya mempunyai batuk beberapa hari ini. Perlukah saya membuat saringan covid 19 terhadap bayi saya kerana saya baru mendapat berita yang pekerja di pejabat suami kepada pengasuh s anak saya didapati positif covid 19.apa yg perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Pihak kami memahami kebimbangan anda terhadap kemungkinan anak anda berjangkit dengan virus ini. Memandangkan perkerja di pejabat suami pengasuh anak anda yang didapati positif COVID-19, anda dinasihatkan untuk merujuk anak anda kepada doktor. Anda boleh rujuk perkara ini kepada doktor KKM terlebih dahulu di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Disamping itu, anak anda juga dinasihatkn untuk dikuarantin dan hadkan pertembungan atau kontak dengan orang lain.
Batuk merupakan salah satu gejala bagi COVIFD-19. Namun, gejala batuk juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan virus atau bakteria lain
- Asma
- Alahan
- Batuk kering
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini