
nurfazasabirah00
4 tahun
Pek seterusnya ketika haid
Hi doktor saya wanita 20an baru bernikah dan tidak pernah beranak. Saya ingin tahu jika kita makan pil perancang untuk pek yang kedua atau yang seterusnya, perlukah kita makan ketika datang haid atau tak perlu makan? Saya tiada sebarang alahan dan penyakit jadi soalan ke2 saya adalah adakah pil perancang Rigevidon sesuai untuk wanita seusia saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengambilan pil perancang Rigevidon perlu di ambil selama setiap hari sewaktu kitaran haid sehingga kitaran haid yang seterusnya. Sekiranya pengambilan pil perancang tersebut terlambat kurang daripada 12 jam daripada waktu sepatutnya, keberkesanan pil teresebut tidak akan berkurang dan kontraseptif masih boleh diteruskan.
Sekiranya pengambilan pil Rigevidon terlambat lebih daripada 12 jam, keberkesanan untuk mengelak kehamilan akan berkurang dan mereka dinasihatkan untuk mengambil pil tersebut secepat mungkin, walaupun mereka terpaksa mengambil 2 biji sekaligus. Kesan pil tersebut akan terjaga sekiranya pil perancang ini diambil selama 7 hari berturut-turut.
Rigevidon sesuai diberikan kepada wanita muda yang tiada masalah kesihatan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.