
Sulit
5 tahun
Peluang mengandung bagi pasangan berkahwin
Saya dan isteri ada melakukan oral seks dan saya telah memancutkan air mani di badan isteri saya. Dan isteri saya membasuh kesan air mani di badannya. Saya nak tanya, adakah air mani yang dibasuh akan melekat difaraj dan masuk ke dalam faraj dan akan menyebabkan isteri sy mengandung?
Saya dan isteri masih dlm merancang berkenaan soal anak kerana baru berkahwin.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, terdapat kebarangkalian untuk mengandung jika anda melakukan hubungan tanpa ada apa-apa perlindungan. Namun, peluang untuk hamil adalah bergantung kepada keadaan sperma suami yang sihat dan jumlah yang mencukupi, isteri yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil dan waktu isteri subur (hari ovulasi).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.