
Sulit
2 tahun
Peluh berlebihan di bahagian muka
hello doktor. saya wanita berumur 20 tahun. saya mengalami masalah peluh yang sangat banyak di bahagian muka.saya mengalami hal ini sejak saya sekolah rendah.perkara ini akan menjadi lebih teruk jika saya tidak berada di bawah kipas atau bilik beraircond. ini juga menyebabkan saya merasa sangat malu untuk keluar bersosial bersama kawan-kawan. kadang- kadang kawan saya juga ada menegur tentang peluh saya yang sangat banyak di bahagian muka walaupon kami tidak melakukan apa-apa aktiviti. saya berasa sangat malu. disebabkan hal ini juga,saya lebih suka berada di dalam rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti untuk mengelakkan saya berpeluh lagi. saya jugak tidak dapat merasai pengalaman memakai make up dan skin care kerana muka saya yang terlampau kerap berpeluh. apa patut saya lakukan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kuat berpeluh ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- idiopatik
- hipertiroidism
- obesiti
- Gout
Cara untuk mengatasi masalah ini termasuk menggunakan antiperspiran lebih-lebih lagi sekiranya anda berpeluh kerana idiopatik.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda memiliki sebab selain idiopatik, Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.