
Anonymous
2 tahun
Peluh bila minum air
Hi, sy llki umur 26, sy ada berat badan agak lbih tak tp just tak byk. 176cm vs 84kg… sy ada msalah sjak dlu lg bila sy dhaga n mnum air, bdan sy ttbe bpeluh sluruh bdan…kalau tak mnum air bdan saya tak berpeluh, once mnum je basah trus badan saya mmbuatkan sy tak selesa dan kdang2 sy bpuasa utk elak mnum air ketika sdang bkerja atau jumpa customer…sjak sy skolah lagi bdan yg krap bpeluh apalagi bila makan dan mnum air…kenapa yer

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Genetik
- Stress
- kelenjar peluh yang terlalu aktif
- Anxiety
- Masalah obesiti
- Masalah diabetes
- Masalah tiroid
- Pengambilan alkohol
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.