
Sulit
4 tahun
Peluh sejuk, muka pucat, pitam
Sy wanita berumur 25 tahun. Setiap kali Ramadhan, sy sukar utk berpuasa kerana sering kali pitam waktu petang. Sy ada gastrik, tetapi situasi ini bukan waktu puasa saja. Kalau selain waktu puasa, walaupun pg sy dh mkn, sy boleh juga pitam kadangkala nya.
Sebelum jatuh pitam, sy dh mula peluh sejuk, mata berpinar, muka pucat, dlm mulut rasa kelat. Selalunya sy akan spare gula2 atau benda manis utk elakkan sy dari terus pitam.
Boleh sy tahu dari tanda2 ini, sy berpenyakit atau macam mana ya? Apa yg perlu sy buat? Adakah sy berisiko mempunyai darah rendah atau penyakit lain?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tekanan darah rendah
Kurang gula dalam darah
Masalah mata
Hanya dari keterangan dia atas, ianya tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan mengenai sebab sebenar masalah anda. Terdaapt bayak lagi maklumat lain, pemeriksaan serta ujian harus dilakukan sebelum diagnosis boleh dibuat.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.