
Sulit
3 tahun
Pemakaian Implanon Dah 2 bulan tapi sakit dibahagian implan
saya Baru pasag implanon 2 bulan lebih , tapi sakit dibahagian implan tu dan rasa tak selesa … sebelum ni tak sakit dan tak rasa apa²…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda implan hormon mempunyai kesan-kesan sampingan seperti:
- perubahan pada kitaran haid seperti, haid tidak datang, haid bepanjangan, haid lewat atau haid berlebihan.
- sakit pada bahagian perut dan belakang badan
- pening dan sakit kepala
- libido berkurang
- cepat marah dan kemurungan
- loya
- sakit pada payudara
- kering pada bahagian faraj
- naik berat badan
Oleh itu, kembali kepada soalan ada, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat serta ujian-ujian yang diperlukan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan