
Sulit
4 tahun
Pemakaian implanon yang baru
saya baru sahaja renew implanon pertengahan bulan ogos. ini adalah implanon saya yang kedua… sebelum ini saya tidak datang haid… tetapi selepas renew yang kedua ini saya datang haid pada 7/9/20 sehingga kehari ini18/9/20 masih ada lagi darah itu… jadi soalan saya adakah saya tidak sesuai lagi untuk memakai implanon… patutkan saya keluarkan semula implanon yang baru ini… terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda implan hormon mempunyai kesan-kesan sampingan seperti:
- perubahan pada kitaran haid seperti, haid tidak datang, haid bepanjangan, haid lewat atau haid berlebihan.
- sakit pada bahagian perut dan belakang badan
- pening dan sakit kepala
- libido berkurang
- cepat marah dan kemurungan
- loya
- sakit pada payudara
- kering pada bahagian faraj
- naik berat badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!