
Sulit
5 tahun
Pembedahan antireflux
Sy akan menjalani anti reflux surgery mgu depan. Sy ada hypothyroid. Adakah keadaan hypothyroid ni boleh bagi kesan buruk jika sy teruskan surgery ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tahap hormon tiroid yang rendah (hyothyroid) dalam linkungan ringan atau sederhana adalah selamat untuk menjalani pembedahan.
Selain itu, anda jangan risau kerana saya yakin, para doktor di hospital akan membuat pemeriksaan bagi memastikan anda selamat untuk menjalani pembedahan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda digalakkan untuk mengajukan soalan anda kepada doktor yang merawat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.