Sulit
6 tahun
Pembedahan dan tiub kencing
Doktor, saya pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst semasa berusia 9 tahun…persoalan saya, doktor pernah memasukkan tiub kencing sebelum proses pembedahan tersebut…adakah hal ini boleh menyebabkan saya kehilangan dara? Saya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, saluran kencing dan faraj ialah tempat/lubang yang berbeza. Pembedahan yang memerlukan untuk memasukkan tiub kencing tidak akan memecahkan dara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































