
Sulit
4 tahun
Pembedahan fistula & buasir
Hi Dr. Saya wanita berumur 32 tahun baru menjalani pembedahan fistula dan buasir. Saya dapati luka saya lambat sembuh dan kadang-kadang sedikit bernanah dan sakit semasa membuang air besar. Bolehkah Dr menyarankan ubat sapuan dll kerana Dr saya tidak memberikan sebarang ubatan sapu. Juga cara-cara membersihkan bahagian tersebut dengan betul secara rutin. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi masalah nanah pada buasir ini, ia memerlukan pembuangan nanah secara berterusan namun mestilah dalam keadaan yang sangat bersih kerana ia mudah untuk dijangkiti kuman.
Anda juga perlu memastikan kawasan dubur bersih dan seeloknya mengeringkan dubur menggunakan tisu selepas membuang air besar. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti sakit pada kawasan dubur, nanah bercampur darah yang tidak berhenti serta demam, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.