
femixs
5 tahun
Pembedahan Kandungan Ectopik (Luar Rahim) & Kitaran Haid
Salam sejahtera Doktor,
Saya wanita berumur 41 tahun dan baru lepas menjalani pembedahan laparoskopik beberapa hari yang lepas pada 28 Julai 2019, pada pembedahan tersebut umur kandungan saya sudah 7 minggu 3 hari dan doc membuang tiub fallopio saya di bahagian kanan.
Normal kitaran haid sy sblm pregnant luar rahim adalah pada setiap 10hb setiap bulan dan last period sy sblm itu adalah pd 7hb Jun.
Soalan sy disini adalah bila haid seterusnya akan datang selepas tarikh pembedahan?
Jika ada sedikit jumlah darah yg keluar bersama keputihan selepas beberapa hari pembedahan, adakah itu darah haid atau effect dr pembedahan yg dilakukan?
Selepas seminggu pembedahan, bolehkah sy mengangkat benda² yg sedikit berat spt. bekas yg mengandungi 2 liter air, adakah perkara begini memberi apa² kesan kpd bhgn dlm tempat pembedahan?
Untuk pengetahuan doktor, ini adalah perkahwinan kedua sy yg mana sy berkahwin pada Oktober 2018 dan suami sy berumur 27 tahun.
Perkahwinan pertama pd tahun 2000 dan sy telah dikurniakan anak pertama pd 2001, manakala pada 2005 sy tlh mendapat anak kedua setelah merancang menggunakan pil perancang (marvelon & rigevidon).
Selepas sebulan perkahwinan kedua, sy telah hamil normal tetapi suami sy masih belum bersedia utk mendapat baby pd waktu itu n pd bulan 12/2018 sy telah ke klinik n gugurkan kandungan menggunakan/memakan 4 biji pil yg disarankan doktor, pd waktu itu kandungan sudah 5 minggu.
Adakah Kehamilan Ektopik sy ini ada kaitannya dgn pengguguran yg berlaku sebelum ini?
Adakah cara untuk elakkan dari kehamilan ektopik berulang lagi?
Dan apakah ubatan yg perlu saya ambil supaya saya dapat hamil normal kembali?
Bolehkah Doktor suggestkan tips² untuk menyihatkan rahim agar kandungan luar rahim tidak akan berulang?
Terima kasih banyak doktor bagi menjawab persoalan² saya ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk menjawab kesemua soalan puan dalam ruangan forum ini adalah amat terhad kerana jumlah perkataan yang dapat disiarkan diruang ini. Bagi soalan pertama, kitaran haid yang seterusnya berkemungkinan lambat sedikit dari tarikh kebiasaan kerana anda baru sahaja selesai pembedahan dan ini akan mengganggu sedikit kitaran hormon untuk haid anda. Bila kitaran anda akan datang adalah agak sukar kerana kitaran hormon agak sukar diramal mengikut individu. Bagi soalan kedua, cecair putih yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan kesan selepas pembedahan ataupun jangkitan kuman jika anda mempunyai gejala seperti sakit perut dan sakit ketika kencing ataupun demam.
Kehamilan ektopik adalah susah diramal namun risiko-risiko kehamilan ektopik adalah seperti keguguran, sejarah kehamilan ektopik dan jangkitan dalam rahim. Untuk mengelakkan kehamilan ektopik anda boleh mengelakkan penggunaan perancang keluarga seperti IUCD dan kaedah terbaik adalah melalui IVF. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana ruang yang terhad diforum ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.