
Sulit
5 tahun
Pembedahan kulit ada parut chicken pox
Ada ke pembedahan yang boleh menutup bahagian lubang di muka seperti bekas parut paad muka (menjejaskan penampilan). Apa harus dilakukan ya? Parut ini sudah sejak 3 tahun lalu. Parit ini saya dpat daripada bekas chicken pox. Parut ini saya pernah cuba pelbagai benda seperti aloe vera, tetapi tetap sama. Bukan parut jerawat tetapi tekstur dia kedalam macam m rolling g mungkin. Apa rawatan sesuai? Adakah pembedahan facial?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah parut yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pada pendapat saya, parut yang anda alami tersebut sememangnya sukar untuk hilang dengan menggunakan produk kulit sahaja.
Anda berkemungkinan memerlukan rawatan yang lebih invasif. Namun begitu, saya tidak dapat untuk menyarankan apa-apa rawatan yang sesuai, kerana maklumat serta permeriksaan haruslah dijalankan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kulit bagi mendapatkan nasihat mengenai rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.