jenzlim
6 tahun
Pemeriksaan covic 19
Cikgu anak says di playschool confirmed covic19. Boleh saya mendapat rawatan pemeriksaan di government hospital. Sekarang says tak Ada gejala selsema, deman atau batik. Tapi syarikat saya nak says confirm status kesihatan.
6 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana guru anak anda telah disahkan COVID19, anda dan anak anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dan anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda dan anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan [([Designated Hospital for COVID-19]]
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan ujian saringan dari rumah. Sekiranya anda berminat, anda boleh menghubungi kami melalui link ini. COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































