
Anonymous
4 tahun
Pemeriksaan Kahak TB
Salam sejahtera. Saya lelaki berusia 21 tahun dan beberapa hari lepas doktor mengarahkan saya melakukan pemeriksaan kahak di makmal kerana saya mempunyai simptom-simptom TBC. Doktor menasihatkan saya untuk mengambil kahak pada awal pagi selama 3 hari berturut-turut dan dihantar ke makmal. Saya telah melakukan itu pada hari pertama dan kedua. Akan tetapi pada hari ini hari ke tiga saya untuk mengumpul kahak awal pagi. Saya tidak mempunyai kahak pada awal pagi seperti kebiasaan nya. Dan hari ini saya gagal menghantar kahak pada hari ketiga saya ke makmal. Apakah yang patut saya lakukan? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda tidak mempunyai kahak yang banyak pada hari ketiga, anda harus cuba batuk dan kumpulkan apa yang boleh dikumpulkan oleh bekas kahak tersebut. Hal ini kerana sekiranya terdapat bakteria tibi didalam paru-paru anda, walaupun dengan jumlah kahak yang sedikit, bakteria tersebut mungkin dapat dikesan oleh makmal. Anda juga harus menghubungi doktor ataupun makmal yang anda harus hantar bekas tersebut untuk memaklumkan sekiranya terdapat kelewatan ataupun kesukaran untuk menghantarnya. Sekian.