
Sulit
4 tahun
Pemeriksaan kehamilan
Saya wanita berumur 24 tahun. Pada hari ke-14 kitaran haid, sy telah bersama dengan suami. Selepas 2 hari, sy mendapati terdapat ketulan darah kecil yg keluar bersama air kencing. Adakah kemungkinan sy hamil dan pada hari keberapa sy boleh membuat ujian kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, dicadangkan untuk melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu anda lewat datang haid. Namun untuk mendapatkan hasil ujian yang tepat, boleh lakukan ujian di pusat kesihatan. Hal ini kerana ramai yang salah menggunakan alat ujian kehamilan dan tidak mendapat hasil yang tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.