rosnita9999
4 tahun
Pemeriksaan mengandung
Doktor saya ingin bertanya kalau kita guna urin test tetapi dia menunjuk kan dua line tapi satu line itu samar dan kabur apakah mengandung ataupun tak tetapi tanda2 ibu kehamilan tiada tapi penunjukan dua line satu kabur apakah mengandung ataupun tak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kehamilan diperingkat awal sememangnya tidak menujukkan banyak gejala-gejala kepada bakal ibu. Oleh yang demikian penggunaan ujian kehamilan adalah digalakkan. Dalam kes ini, sekiranya garisan kedua kabur, adalah digalakkan untuk ambil ujian kali kedua dengan memastikan masa rendaman kit didalam sampel urin mencukupi. Sekiranya masih tidak jelas, maka cik/puan boleh bertanya secara privasi di (DoctorOnCall) ataupun berjumpa doktor yang terdekat bagi mendapatkan kepastian melalui ujian-ujian tertentu.