
Sulit
4 tahun
Pemulihan organ-organ dalaman secara menyeluruh
Saya ingin mengetahui lebih lanjut pandangan doktor-doktor tentang product Stemregen ini.Ia merupakan produk yang berfungsi seakan-akan rawatan stem cell dan mendakwa produk ini lulus KKM.Sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak tahu mengenai produk ini. Namun begitu, kami sarankan anda menghubungi pihak KKM ataupun pergi ke laman sesawang NPRA untuk bertanya dan melihat kandungan produk tersebut.
Namun begitu, ingin kami tekankan kepada anda supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana produk yang menyatakan produk tersebut mempunyai dakwaan atau claim yang melampau seperti dapat menyembuhkan penyakit kronik.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi yang berkelayakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai makanan tambahan atau suplemen yang anda ingin ambil kerana lebih banyak maklumat lanjut diperlukan sebelum anda boleh mengambil sebarang suplemen.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.