
Sulit
4 tahun
Penat dan suhu badan 37.3
Anak saya umur 1y8m. Dari 24.4 dia macam penat. Tapi dia tiada asma sebelom ni. 25.4 dia ada batuk tp hanya sewatu tidur malam. Pada 26.4 suhu badan 37.3… mood tidak baik. Minum susu masih macam biasa… adakah itu tanda2 covid19. Mohon penjelelan dokter

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan anda. Seperti yang anda mungkin telah sedia maklum, antara gejala jangkitan COVID-19 adalah:
- Lemah badan (fatigue)
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Demam
Namun begitu, gejala lemah badan atau (fatigue) yang anda alami juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Cuaca panas
- Kurang rehat
- Stress
- Kurang tidur
Sebelum mendapatkan ujian saringan, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Sekiranya peru, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.