Sulit
2 tahun
Penat nafas , rasa gelisah
hai Dr , saya lelaki umur 17 , a few days ago saya bila nafas my lung tk sakit , but between my chest saya rasa macam airway dia ada block soo saya nafas sempit and then saya rasa gelisah suddenly , can vape be the cause of this problem ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami bahawa anda mengalami kesakitan ketika bernafas dan rasa sempit di dada, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kurang berehat
- Gangguan cemas ataupun panik
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Keradangan tulang rusuk
- Pneumonia
- GERD
- Masalah pada jantung
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih