
Sulit
3 tahun
Penat sukar bernafas rasa tersekat anta hidung dan ank tekak
Salam doc kebelakangan nie sy kerap sngt mcm sukar bernafas antara hidung ke kerongkong mcm ad bnda tersekat bila sy hidu mnyk angin rasa lega. Sangat merisau kn jugak dgn kes skrg nie… Bila sy penat akan jdi mcm nie… Harap tak ada yg seriuss…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda risau akan gejala kesukaran bernafas seakan ada sesuatu tersekat yang kerap anda alami kebelakangan ini. Kami di sini akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah kesukaran bernafas seperti yang diperihalkan lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan, seperti:
- masalah pada hidung - selesema, resdung
- alahan
- gangguan emosi
Akan tetapi, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- masalah pada hidung - polip hidung, ketumbuhan
- masalah pada paru-paru - COVID-19, pneumonia, asma (biasanya terjadi pada pesakit yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit asma)
- masalah pada jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.