
Sulit
4 tahun
Penat terlampau dan nafas pendek
Hai doc,
Lately ini,saya mendapati diri terlampau penat dan kadang kadang berada dalam keadaan separuh tidak sedar,half unconsciousness,Dan badan terasa lemah,hilang selera makan,nafas terasa pendek,nak menarik nafas kena tarık sedalam dalam dalam nya…tapi still tidak nyaman,dada terasa dihempap,kadang nak tarık nafas terasa sedikit sakit di dada belah kiri,nak tidur pun tidak nyenyak,sampaikan hilang rasa nak tidur…
Kenapa ye doc?
Sy prempuan umur 17

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Paru-paru berair
- Masalah jantung
- Lemah jantung
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru dapat membantu menyelesaikan masalah anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut mengenai masalah anda adalah diperlukan dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkera ini perlu diberi perhatian oleh anda dan doktor segera kerana kami bimbang ia mungkin disebabkan oleh masalah yang serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.