
akmarlufias23
5 tahun
Penat yang berpanjangan
Saya lelaki berumur 27 tahun, bukan perokok dan mempunyai rakan yg perokok. Saya mengalami masalah penat yg berpanjangan, ada masa sampai kan terasa sangat penat bila ke tandas dan melakukan kerja berat, sukar tidur malam selalu sesak dada dan kadang kala terasa sakit di dada kiri, nafas menjadi pendek, batuk dan demam selalu on off, kadang kala mempunyai kahak tetapi sukar untuk keluarkannya. Saya juga baru sahaja keluar dari hospital kerajaan, membuat ujian xray dan darah tetapi tiada sebarang masalah, ujian tiup balang untuk dapat kn bacaan 500 ke atas dan bacaan saya saya hanya lah 350. Doktor di hospital cakap kemungkinan ada asthma dan memberi kan saya 2 ubat sedut, 1 ubat reliever dan 1 lagi ubat mencegah. Selepas keluar dari hospital saya masih lagi sukar untuk tidur di waktu malam, ia menyebab kan saya demam serta sedikit menggigil dan juga penat, adakah gejala yg saya hadapi ini ialah benar2 asthma atau bukan? apakah makanan yg perlu saya elakan? Saya juga tidak bekerja selama 3 4 bulan akibat masalah kesihatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak tuan, tanpa maklumat lebih mendalam serta pemeriksaan adalah sukar untuk kami simpulkan masalah yang anda hadapi sama ada asthma atau masalah kesihatan yang lain. Namun begitu, terdapat kemungkinan masalah kesihatan anda yang merosot ini berpunca daripada terdedah kepada asap rokok. Dalam kata lain anda merupakan perokok pasif. Terdapat pelbagai masalah pernafasan yang boleh disebabkan oleh rokok antaranya:
- Asthma
- Jangkitan paru-paru
- Radang tekak
- Kanser paru-paru
Sekiranya gejala anda masih berlarutan dan tidak pulih dengan ubat yang diambil, sila rujuk kembali kepada doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.