
Sulit
4 tahun
Pendarahan bawah kuku
Saya mengalami kecederaan di ibu jari kaki beberapa minggu yang lepas dan berlaku pendarahan di bawah kuku. Ada tompok hitam yang saya rasakan mungkin darah beku. Namun tompok berkenaan mengeras dan bagaikan sedang membentuk kuku baharu di bawah kuku yang sedia ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk makluman anda, kami perlukan maklumat yang lebih jelas mengenai kuku baru seperti yang anda katakan.
Tompok tersebut adalah darah beku dan ini adalah normal dan ia akan hilang setelah beberapa ketika. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya bahagian yang cedera tersebut menjadi semakin sakit dan terdapat nanah di kawasan tersebut.
Anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaan anda di atas talian. Privasi anda akan dijaga oleh kami. Terima kasih.