
Sulit
4 tahun
Pendarahan berkurang semasa perguguran
Hai doc, sy berumur 20 tahun sy baru mengalami keguguran. Pendarahan sy hanya berlaku 2 hari adakah ia normal atau tidak ? Kemudian esok sy ade scan perut utk gastrik. Sy nk tanya semasa scan tu ada nmpak ke janin atau bekasan yang tinggal dalam perut sy ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, setiap wanita akan mengalami masalah ini berbeza-beza. Terdapat wanita yang hanya mengalami pendarahan dalam beberapa hari dan ada yang akan mengalami pendarahan dalam beberapa minggu. Tetapi secara amnya, pendarahan selepas keguguran akan berhenti selepas 2 minggu.
Terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Jika anda mengalami gejala-gejala ini anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera:
- pendarahan yang berlebihan
- kesukaran bernafas
- sakit pada rahim
- lendir berbau keluar daripada faraj
- demam
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.