
suriana_86
5 tahun
Pendarahan berterusan selepas bersalin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta penjelasan doktor tentang permasalahan yang saya alami.
Saya bersalin anak ke3 pada 24 Jan 2019 yang lalu. Masalah saya ialah saya masih mengalami pendarahan hingga hari ini.
Saya ada mengambil suntikan pencegahan kehamilan selepas sebulan melahirkan anak.
Adakah pendarahan yang saya alami merupakan darah nifas atau darah haid atau darah penyakit?
Dalam pengetahuan saya darah nifas adalah selama 60 hari. Selepas 60 hari saya dah mula solat seperti biasa walaupun masih keluar darah. Saya anggap itu adalah darah penyakit.
Saya tak pasti sama ada itu darah haid ataupun bukan sebab darah tersebut adakalanya brownish adakalanya warna merah fresh dan tidak berbau yang keluar sedikit sahaja.
Masalah ini mengganggu saya untuk solat kerana kadang-kadang saya berasa was-was.
Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan puan, keadaan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan kesan pengambilan suntikan perancang
- Masalah dengan pembekuan darah
- Masalah di dalam rahim
Oleh itu, anda haruslah merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui punca pendarahan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan penerangan lanjut. Terima kasih.