Sulit
6 tahun
Pendarahan berterusan selepas depo
Assalamuallikum…sy nk tanya,blh ke sy teruskan cucuk depo,setelah 2bln pendarahan sy xberhenti semenjak sy start cucuk depo,atau blh ke sy ambik ubat stop pendarahan…atau sy perlu tukar kaedah merangcang…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan berpanjangan selepas mengambil suntikan depo ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah pembekuan darah
- Kesan suntikan perancang
- Ketumbuhan polip/fibroid yang pecah dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































