
Sulit
5 tahun
Pendarahan berterusan selepas suntikkan
saya wanita 23thn sya bru lepas melahirkan bayi pertama sya 3bulan yg lepas , untuk mengelakkan jarak kehamilan syaa ada ambik perancang kluarga sya ambil suntikan . tetapi dri start sya suntik yg pertama selepas sebulan bersalin sehingga skrg 3bulan lebih sda tetapi darah haid sya masi bnyk. adakah itu efek sampingan dia atau sya ada masalah ? sbb sda 3bulan lebih haid sya tdak berhenti sehingga skrg

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid berpanjangani dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Namun begitu, pengambilan suntikan perancang kehamilan sememangnya boleh mempengaruhi kitaran haid. Antara kesan sampingan suntikan perancang adalah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- Haid mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala dan gangguan emosi
Seperti yang saya terangkan, oleh kerana maklumat yang puan berikan kurang lengkap, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan tentang keadaan yang puan hadapi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.