
shafidatul
6 tahun
Pendarahan berterusan
Saya berusia 28tahun , telah bersalin secara pembedahan (c-zer) pada 6/2/19 dan telah mengambil suntik Depo , sehingga hari ini darah masih keluar . Adakah di sebabkan oleh suntik Depo tersebut ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan pihak anda, terdapat kemungkinan haid berterusan yang anda hadapi adalah disebabkan oleh suntikan depo tersebut. Namun begitu masalah haid berterusan juga boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak stabil
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Masalah pendarahan
- Dysfunctiona uterine bleeding
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar masalah ini dapat diselesaikan. Sekiranya masalah ini disebabkan oleh suntikan yang anda ambil, anda boleh berbincang dengan doktor bagi mendapatkan pilihan perancang yang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.