Sulit
4 tahun
Pendarahan berwarna coklat selepas mengambil pil perancang
Assalamualaikum doc isteri saya ni mengalami pendarahan warna coklat …selepas beberapa hari mengambil pil perancang adakah itu normal doc?ianya tak berketul
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang Isteri anda alami ini mungkin merupakan kesan sampingan pil perancang melihatkan anda telah mengambilnya dengan jangka masa yang panjang. Antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti:
- Haid/Pendarahan yang tidak teratur
- Loya
- Sakit payudara
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.