
Anonymous
5 tahun
Pendarahan dari dubur secara sendirinya
Saya merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun. Sudah dua tahun saya mengalami sembelit yang on off. Kadang-kadang ada sesuatu yang keluar dari dubur saya yang panjang sepanjang jari kelingking tapi saya masukkan semula tetapi tidak selalu. Tiba-tiba tadi selepas pulang ke rumah saya mendapati terdapat banyak darah hanya pada behagian belakang seluar dalam saya. Saya dijangkakan bakal haid 8 hari lagi. Tetapi darah itu hanya terdapat pada bahagian belakang dan tidak pada faraj saya. Saya juga tidak merasakan sebarang kesakitan pada waktu itu. Bagaimana ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Anda mungkin menghidap masalah buasir. Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah:
- sembelit
- kurang senaman
- berat badan berlebihan
- penuaan
Buasir juga boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur.
Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.