
Anonymous
6 tahun
Pendarahan dari dubur
Saya wanita 40 an yang menjalani pembedahan pembuangan rahim kira kira dua tahun lepas. Sekarang saya mengalami pendarahan daripada lubang dubur setiap kali saya buang air besar. Saya memang tahu ada cyst baru yg berukuran 3 cm tapi doktor mengatakan bahawa tindakan tidak perlu diambil sehingga cyst berukuran 5 cm. Dengan berlakunya pendarahan ini, adakah cyst saya sebenarnya semakin teruk?

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang puan ajukan.
Berdasarkan keterangan puan, adakah cyst yang dimaksudkan berada di ruangan lubang dubur?
Sebenarnya, adalah sukar untuk saya memberikan jawapan berdasarkan keterangan puan di atas kerana lebih banyak maklumat yang saya perlukan untuk membuat kesimpulan.
Namun begitu, pendarahan dari lubang dubur adalah suatu simptom yang tidak boleh dipandang ringan dan perlu segera dirawat. Kehilangan banyak darah boleh menyebabkan masalah anemia.
Antara penyebab pendarahan daripada dubur adalah:
- Bahagian dubur luka atau terkoyak akibat masalah seperti sembelit
- Buasir
- Terlalu kerap cirit birit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Chron’s disease
- Kanser usus
Oleh itu, anda haruslah merujuk perkara ini kepada doktor agar dapat dikenal pasti puncanya serta dirawat dengan berkesan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.