
Sulit
5 tahun
Pendarahan haid terlalu banyak
Salam sejahtera,
Saya berumur 26 tahun
Saya ada mengalami masalah pendarahan haid terlalu banyak pada hari kedua…
Pada sebelum sy kena period, saya minum air jus delima gulsan yang banyak khasiat tu pada waktu sahur…
Hari malam selepas berbuka saya kena period… Dan pengeluaran darah normal seperti biasa.
Hari pertama saya haid . sahur saya tidak ambil jus delima tersebut. Dan period berjalan biasa sahaja.
Pada hari kedua, waktu sahur pagi saya minum jus delima. pada tengah hari saya dah mula keluar darah haid begitu banyak sehingga malam dan pertukaran pad pun begitu banyak.selama ni sy tak penah terjadi seperti ni. Jadi saya jadi takut sebab terlalu banyak darah keluar.
Adakah itu perkara biasa atau saya perlu rujuk pakar ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan haid banyak boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.