
Sulit
4 tahun
Pendarahan Haid yang banyak
Saya berumur 40 thn, skrg ni saya tgh period hari yang ke3, tp kali ini period saya banyak tidak seperti yang sebelumnya.1 hari saya akan menukar pad dlm 2 kali.
Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, antara tanda bagi pendarahan haid yang berlebihan atau banyak adalah jika anda:
- perlu menukarkan produk penjagaan haid anda (tuala wanita atau tampon) setiap satu atau dua jam
- melepaskan darah beku yang saiznya melebihi 2.5cm (kira-kira saiz syiling 50 sen)
- mengalami pendarahan yang banyak sehingga terkena pakaian atau tempat tidur anda
- perlu menggunakan dua jenis produk penjagaan haid bersama-sama (misalnya, tampon dan tuala wanita atau dua tuala wanita) bagi mengelakkan pendarahan haid daripada terbocor
Kesan pendarahan haid yang berlebihan ini boleh menyebabkan kekurangan darah merah (anemia) dan menyebabkan gejala-gejala seperti pening, rasa penat, kekurangan tenaga, degupan jantung yang laju, pernafasan yang lebih cepat dan kepucatan. Jika anda mengalami gejala tersebut, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!