
Sulit
3 tahun
Pendarahan ketika berhubungan intim
Saya mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan intim walaupun darah haid sudah kering selama 2 hari. Ini merupakan kali kedua kami berhubung kerana kami pjj dan berjumpa sekali seminggu dan baru berkahwin. Pada malam pertama, selepas berhubung, saya mengalami pendarahan yang agak banyak dan terus period. Adakah saya dalam bahaya?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj kering (vaginal dryness)
- Penyakit kelamin (sexual transmitted disease)
- Fibroid
- Polips serviks
- Kanser serviks
- Kanser rahim
- Faraj luka
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.