
Sulit
5 tahun
Pendarahan ketika dan selepas seks
Selamat pagi doctor saya wanita berumur 25 tahun belum berkahwin . Pertama kali melakukan hubungan seks adalah pada bulan lepas dan tidak memakai kondom dan selepas seks kali pertama saya mengalami keputihan yang teruk dan berketul dan berhenti selepas haid . Kali kedua saya mengadakan hubungan seks adalah pada dua hari lepas dan berlaku pendarahan semasa dan selepas hubungan seks. Saya melakukan seks kali pertama dan kedua adalah dengan dua orang yang berbeza dan tidak memakai kondom

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks. - Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.