Anonymous
4 tahun
Pendarahan ketika hamil 8 minggu
saya wanita dalam umur lewat 20 an… saya telah hamil hampir 8 minggu… tiba-tiba saya mengalami pendarahan seperti datang haid…darah keluar seperti haid dan saya berasa sakit perut dan kadamg2 tidak merasa sakit perut… boleh saya tahu kondisi sebenar saya… dan apa yg perlu saya lakukan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan pada awal kehamilan serta gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Fibroid berdarah
- Jangkitan dalam rahim
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.