Anonymous
4 tahun
Pendarahan ketika hamil minggu ke 6
Salam sejahtera…saya Syahirah…saya ada pengalami pendarahan semasa hamil 6 minggu…pendarahan berlaku 2 hari, haro pertama lendir dan darah…hari kedua…darah dan sedikit ketulan…saya pengalami sakit pada bahagian ari-ari macam segungut…boleh saya bertanya, darah yang keluar pada awal kehamilan ini adakah normal? Atau tanda-tanda keguguran?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan pada awal kehamilan boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Fibroid/polip berdarah
- Jangkitan dalam pelvis/saluran air kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.