
cityairey2010
5 tahun
Pendarahan ketika kehamilan 12 minggu
Saya seorang wanita berumur 33 tahun. Sedang mengandung 12 minggu anak keempat. Pagi tadi saya mengalami pendarahan sedikit warnanya merah terang. Kemudian saya telah berjumpa doktor dan beliau telah menyuntik progesterone untuk menghentikan pendarahan. Kemudian beliau juga memberikan ubat duphaston utk saya ambil ketika dirumah.
Masalah disini doc, saya masih lagi mengalami pendarahan menitik ketika membuang air kecil. Bagaimanakah saya tahu bahawa ubat tersebut berkesan utk saya? Saya juga mengalami selsema, adakah kerana saya bersin saya menekan bahagian tersebut kemudian masih berterusan pendarahan?
Pada waktu bagaimanakah yg saya perlu segera ke hospital?
Mohon pencerahan doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, spotting diawal usia kehamilan boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
Akibat implantasi
Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
Persetubuhan
Selepas ujian Pap
Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting ). Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.