
Sulit
4 tahun
Pendarahan luar biasa di kemaluan
Harini hari ke 5 pendarahan di kemaluan saya selepas makan postinor2 sejak 31 31 julai. Apakah nasihat doktor kepada saya? Perlukan saya pergi ke klinik untuk membuat cueck up

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan selepas mengambil postinor adalah kesan sampingan yang biasa berlaku. Ubat postinor merupakan pil perancang kecemasan yang bukan kaedah perancangan jangka masa panjang. Oleh itu anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk menentukan kaedah perancangan yang sesuai dengan kesihatan dan umur anda.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.