
Sulit
4 tahun
Pendarahan luar biasa selepas seminggu cuci rahim
saya baru lepas keguguran kandungan 15 minggu. saya cuci rahim pada 19/1 dah discharge dr hospital pada 20/1. selepas discharge hingga 24/1, darah nifas yg keluar normal, sikit sahaja. harini 25/1, darah yg keluar agak banyak dan berketul2. ni perkara biasa atau tidak? patut ka saya pegi berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Pendarahan dan sakit pada bahagian perut adalah normal selepas keguguran. Namun begitu, sekiranya sakit perut dan pendarahan tersebut berterusan sila rujuk kepada doktor.
Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih