
Anonymous
5 tahun
Pendarahan masa buat sex
Hai doc sy ingin bertanya…sy seorang janda anak ada 2 org dan ada hubungan dgn seorang lelaki pakistan… Semasa buat hubungan sex sy keluar pendarahan yg byk pedahal sy sudah 2minggu habis period…pendarahan sy byk hinggah sy hampir pensan…apakah ini normal tau apa doc…sy takut nk pegi check klinik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Pendarahan selepas hubungan seks boleh menjadi tanda keadaan kesihatan:
- jangkitan, seperti penyakit radang pelvis (PID), atau jangkitan seksual (STI), seperti klamidia
- kekeringan faraj (atrophic vaginitis) yang disebabkan oleh cecair pelincir vagina berkurangan selepas menopaus
- kerosakan kepada vagina, seperti koyak yang disebabkan oleh melahirkan anak, atau oleh kekeringan atau gesekan kasar semasa hubungan seks
- polyps serviks atau endometrium (ketumbuhuna dalam rahim atau lapisan serviks)
- ortropi serviks (juga dikenali sebagai hakisan serviks), di mana terdapat kawasan yang meradang pada permukaan serviks
Dalam keadaan yang jarang berlaku, pendarahan selepas hubungan seks boleh menjadi tanda kanser serviks atau vagina.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.