
Sulit
4 tahun
Pendarahan minggu ke 8 ke hamilan
First day last period : 29/01/2021
Week pregnant : 8
Saya keluar lendir darah coklat, saya sudah scan, kantung sudah ada tapi janin tak nampak lagi… Dan ukuran kantung adalah 6minggu…
Doc minta saya datang semula 2minggu lagi, untuk melihat perkembangan… dan bagi saya makan ubat duphaston
Adakah saya bakal alami keguguran…? Adakah ini kandungan tak jadi?
Saya sangat risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Sila pastikan anda mematuhi nasihat doktor dan mengambil rawatan sebagaimana yang disarankan. Segera ke hospital sekiranya berlaku sebarang pendarahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, namun talian ini bukanlah talian kecemasan. Terima kasih