
Anonymous
5 tahun
Pendarahan pada alat sulit
saya wanita berumur 20 dan ingin merancang kehamilan sya kerana saya ingin melanjutkan pelajaran.
sya ingin merancang kehamilan sya doctor dan pada 14hb May yg lalu merupakan tarikh haid sya nda sehingga kini sya belum datang haid lagi… namun bgtu, kitaran ovulasi sya pada masa itu bagaimana dan adakah 1hb-3hb merupakan tarikh subur saya? saya berharap doc mampu membantu sya… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan yang mungkin berlaku. Namun begitu, kami tidak boleh mengetahui kitaran ovulasi anda atau tarikh subur anda tanpa maklumat yang lengkap. Kami perlu mengetahui kitaran normal haid anda, tempoh jangka masa haid anda berlaku, bilakah tarikh terakhir haid anda, serta adakah anda telah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan dan bila.
Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian agar anda dapat memberikan maklumat lanjut dan pihak kami boleh membantu memberikan nasihat tentang keadaan anda. Terima kasih.