
Sulit
4 tahun
Pendarahan rahim selepas keguguran
Saya wanita berumur 19tahun mengalami keguguran janin berusia 11 minggu yang telah cukup sifat hasil menelan pil cytolog misoprostol . Semasa keguguran , janin yang keluar adalah cukup sifat bersama uri dan mengalami pendarahan melebihi 60 hari . Apakah yang perlu dilakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan yang berlebihan atau haid tidak teratur akan berlaku sebagai kesan sampingan penggunaan ubat misoprostone untuk mengeluarkan janin.
Walaubagaimanapun, sekiranya kehidupan seharian anda diganggu oleh masalah kurang darah seperti sentiasa berasa penat, pening, lemah badan, sesak nafas atau pitam, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana pendarahan ini perlu dibaikkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.