
Sulit
5 tahun
Pendarahan ringan ketika pengambilan pil perancang
Salam hai doktor…saya sedang mengalami pendarahn ringan ketika mengambil pil perancang keluarga…adakah perlu utk saya teruskan pengambilan pil perancang tersebut?dan adakah pendarahan ini normal?perlukah saya berjumpa doktor walaupn pendarahan itu masih ada?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang sememangnya boleh menyebabkan pendarahan. Perkara ini merupakan kesan sampingan yang boleh berlaku kepada segelintir wanita sewaktu mengambil pil tersebut. Anda tidak perlu berhenti mengambil ubat ini kerana gejala itu akan berkurangan selepas beberapa tempoh. Walaubagaimanapun, jika ia berlarutan dan semakin meneruk, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.