
Sulit
5 tahun
Pendarahan selepas 40 hari bersalin
Hari ni masuk hari ke 42 selepas bersalin anak ketiga secara normal. Tetapi kali ni darah nifas berkurang pada minggu ketiga and sekarang darah turun balik macam minggu pertama.Boleh dikatakan banyak jugak .Adakah ini normal doktor? Sebab bersalin anak sebelum ni saya tidak mengalami situasi macam ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Darah nifas akan keluar banyak bersama ketulan-ketulan atau darah beku. Lama kelamaan, ia akan menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Lokia adalah cecair badan yang boleh kelihatan jelas berwarna putih krim.
Sekiranya pendarahan kali ini berlaku selepas lokia, ianya berkemungkinan adalah darah haid dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.