
amalina.husna91
2 tahun
Pendarahan selepas bersalin
Salam dr. Saya berumur 28 tahun dan baru shj melahirkan seorang bayi lelaki. Saya melahirkan bayi lelaki secara pembedahan ( czer) kerana anak saya songsang dan dr mendapati saya ada fibroid bersize 3cm dalam dinding rahim. Selepas bersalin beberapi hari darah nifas saya keluar secara normal, akan tetapi tidak penah kering sebetulnya. Sampai hari ke 44, ia masih keluar cecair merah cair. Saya hanya memakai pantyliner shj. Selepas 44 hari habis pantang darah nifas saya masih keluar sedikit selang 2 3 hari darah masih keluar tetapi dalam kuantiti sedikit (titisan darah). Skrg saya sudah 67 hari masih keluar cecair coklat dan banyak. Saya ada berjumpa dgn dr pakar dan sudah membuat pap smear. Masih menunggu keputusan. Selepas 60 hari saya meneruskan ibadat saya dan beranggapan ia adalah drh istihadah. Dr ada memberi ubat utk saya makan ( antibiotik) saya sudah menghabiskan ubat tersebut. Untuk pengatahuan dr, sy fully breastfeed anak saya.
Soalan saya, adakah berpunca daripada fibroid? Atau drh nifas saya masih tidak kering? Apakah sebenar punca darah itu?
Atau ianya tanda kanser rahim?
Apa yang patut saya lakukan jika masih keluar darah?
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah nifas berpanjangan/berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Rahim tidak kecut sepenuhnya
-Tisu placenta yang tertinggal dalam rahim
-Kecederaan di saluran peranakan/rahim
-Masalah pembekuan darah
Selain itu, fibroid juga biasanya boleh menyebabkan pendarahan berlebihan atau berpanjangan.
Memandangkan anda sudah merujuk perkara ini kepada doktor dan telah menjalani pemeriksaan, dapatkan penjelasan lanjut tentang keputusan ujian tersebut dan rawatan yang sesuai. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih