
azura9797
5 tahun
Pendarahan selepas haid
Saya adalah wanita berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Selepas habis tempoh haid 1 minggu, selepas 3 hari saya mendapati ada pengeluaran darah dalam kuantiti sikit pada waktu pagi dan telah berhenti pada tengah hari dan kemudian ada keluar darah lagi waktu petang. Saya sedang mengalami masalah ini selama 2 hari. Adakah ini darah haid atau masalah lain? Perlukah saya jumpa doktor untuk rawatan? Harap doktor dapat bantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan gejala pendarahan sedikit yang anda alami adalah darah haid anda yang belum habis. Namun begitu, sekiranya gejala ini berpanjangan, anda mungkin mengalami masalah haid berpanjangan yang boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.